lapar selepas bersenam

Diet Kelaut? Sebab Cepat Lapar Selepas Bersenam

Punya semangat berdiet dan bersenam ni sekali tiba-tiba datang rasa lapar tahap kebulur. Nak makanan sihat macam roti gandum dah habis pulak, yang ada nasi dengan lauk berminyak. Kebulur punya pasal, ko makan sampai 2 pinggan nasi bukit, diet kelaut buat kesekian kalinya.. pernah kena tak?

lapar selepas bersenam

Rileks, ia isu biasa dan ada penyelesaiannya untuk korang konsisten berdiet, dan tetap terjaga walaupun dengan diet pemakanan yang sihat – sebab rasa kebulur menggila ni proses normal dalam tubuh.

Punca Cepat Lapar Selepas Bersenam

Macam ni ye kalau dah kebulur

Sebab bila kita buat satu aktiviti yang banyak menggunakan tenaga (dalam kes ni, bersenam), badan kita gunakan tenaga dalam badan (glikogen) dan ini juga bagi signal untuk selera makan. Bila glikogen ni habis, badan akan otomatik ambil glukos pulak untuk sumber tenaga segera. Kalau glukos ni dah short sgt2 tu yang datang signal rasa lapar untuk korang makan.

Tambahan juga proses menggunakan tenaga yang banyak ni juga mengurangkan kandungan air dalam badan yang korang haus tu (jadi air masak AMAT WAJIB waktu berdiet/bersenam).

Malah, jenis senaman juga mempengaruhi kesan lapar tu. Senaman yang moderat seperti strength training biasa tu lagi buat korang lapar dari yang jenis HIIT – menyumbang faktor kadar kecepatan rasa lapar tu datang.

Satu lagi pula selepas aktiviti berat ini akan ada banyak aliran darah dan cecair dalam otot dan ini tak bagus sebab ia akan sebabkan inflamasi dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan risiko kecederaan/cramp, dan kita perlu makan untuk counter kesan tersebut.

Sumber Quora

Walaupun rasa lapar tu tak datang sejurus selepas habis bersenam, ia tetap akan datang. Cepat lambat tu bergantung pelbagai faktor dan biologi kita.

Jadi Saya Hanya Perlu Diet, Dan Tak Payah Bersenam Langsung Ke Ni?

Banyak cantik  XD

Komponen bersenam tu masih perlu untuk pelbagai manfaatnya kepada tubuh ya; cuma kita perlu counter kesan2 dari bersenam tu (atau mana-mana aktiviti berat macam angkat tong gas ka, kerja buruh ka, sama lah kesannya)

Penyelesaian Untuk Elak Lapar Selepas Bersenam

Pemakanan

Sebab berkait isu lapar, jadi pemakanan adalah faktor utama yang korang kena fikir dalam aspek berdiet/bersenam ni. Pastinya, pemakanan jenis sihat lah, takda makna beriya workout dekat gim lepas tu mentedarah dengan dominos hehe..

Timing pengambilan makanan juga penting ya. Idealnya, makan sebelum bersenam dan selepas bersenam, dengan nutrisi yang bersesuaian yang juga bergantung kepada rutin senaman yang dilakukan.

Contoh: senaman jenis strength training yang menyebabkan luka kecil di otot (sebelum dia repair dan lebih kuat), korang perlukan makanan yang tinggi protein dari karbo.

Kalau jenis high intensity macam lari pecut yang banyak gunakan glikogen, tinggikan nisbah karbo dari protein, dengan campur sumber karbo dari jenis putih dan kompleks (contoh terbaik roti gandum sapu peanut butter, dan pisang).

Air

Yang ni wajib juga ya, lagi2 banyak tenaga korang gunakan untuk bersenam. Nak lagi best, minum air masak dengan infusion buah-buahan untuk boost sikit kebaikan minum air.

Yang paling penting, rasa lapar selepas bersenam yang menggila waktu amalkan pemakanan sihat ni, bukan alasan untuk korang mentedarah ya. Sayang usaha dah buat masa diet etc. Kaitannya, emotional overeating.

Bacaan lanjut:

Sumber: 1, 2, 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.