Ketagih Kafein? Ini Kesannya Kalau Berlebihan

Kafein ni kalau dapat nikmatnya lain machiam – sekejap ja buat kita terjaga dan lebih alert dan ini sedikit sebanyak membantu kita untuk lebih fokus dan pantas waktu melakukan kerja (termasuklah waktu bersenam tau). cuma tu lah, kafein ni ada bahayanya jika diambil berlebihan. Dan kesannya tu tak boleh kita buat main2.

Gamaknya kau ketagih gini

Kesan Ketagih Kafein Pada Tubuh

Sistem Saraf

Sebab kafein memberi kesan dekat saraf utama ni jadi jika diambil berlebihan ia akan beri kesan berlebihan, lebih dari sekadar alert.

Ia sampai ke tahap korang boleh sakit kepala selepas mengambil kafein dengan banyak pada satu masa, di mana sebab tubuh dah terbiasa dengan kandungan kafein yang tinggi dalam salur darah, bila takda mulalah nak ‘meroyan’ – withdrawal symptoms senang kata dan ini menyebabkan fenomena yang kita panggil sebagai caffeine crash.

Selain sakit kepala, ia juga buatkan korang mengantuk melampau, rasa serabut, dan berdebar-debar.

Kebaikannya pada sistem saraf pun ada, cuma dalam post ini, kita fokus jika diambil secara berlebihan dalam satu masa (akut), atau diambil dengan banyak secara berterusan (kronik).

Sistem Penghadaman

Kurengnya kafein ni bila diambil berlebihan ia akan menyebabkan penghasilan asid berlebihan dalam perut yang boleh meningkatkan risiko gastrik, lagi-lagi kalau korang dah ada gastrik pada awalnya. Jadi kalau yang ada gastrik tu hati-hati lah ya.

Sistem Keseluruhan Tubuh

Pernah tak korang beriya minum kopi dan lepas tu datang rasa berdebar-debar? Sebab kafein lepas diminum ia akan masuk ke salur darah dan boleh meningkatkan tekanan darah tinggi dalam masa singkat (kemungkinan besar dari hormon adrenalin yang buat korang alert tu).

Selingan: kalau mengandung hati-hati ambil sumber kafein sebab salur darah juga bermaksud boleh masuk ke uri dan beri kesan pada anak juga. Jadi refer infografik ni:

Lagi-lagi kalau korang ada isu dengan jantung, sebaiknya hati-hati dari mengambil kopi/kafein secara berlebihan sebab ia akan push jantung korang pam darah dengan kuat tak pepasal. Minum sedikit mungkin memadai jadi dapatkan kepastian doktor ya.

Kesimpulan

Minum minuman berkafein takda masalah secara umumnya, asalkan korang ambil ikut situasi dan keperluan.

Bacaan lain:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.