3 Tips Kurus Dalam Atomic Habits Untuk Kesihatan

Korang nak tak, kalau jumpa satu cara yang boleh buatkan korang konsisten dengan amalan yang korang nak komit, contohnya berdiet? Buku Atomic Habits banyak dikongsikan sebagai satu cara yang simple banget kalau nak konsisten dengan produktiviti dan tabiat tertentu.

Biasalah kita kadang-kadang tak komit dan azam yang ada selalunya separuh jalan ja kan. Kalau penyelesaian untuk ‘simptom’ tersebut ada, sapa tak nak kan.

Sebab kalau korang nak tingkatkan produktiviti dan boleh konsisten dengan amalan tertentu, tips yang dikongsikan dalam buku Atomic Habits hasil tulisan James Clear ini serius boleh membantu, khususnya dijadikan sebagai tips kurus.

Jadi, tips apa yang korang boleh amalkan dari buku ini, untuk proses kurus korang?

Tips Kurus Atomic Habits Untuk Memudahkan Diet Dan Kurus

Kenali Disebalik Tabiat Kita

Dalam buku ni, aspek tabiat dikupas dengan terperinci dari sudut psikologi dan ia semudah kita faham iaitu tabiat adalah benda yang kita buat setiap hari dan ini terpakai samada yang baik atau buruk, bermanfaat atau sia-sia.

Tapi apa yang buat kita trigger untuk buat tabiat tersebut?

Tabiat dibentuk dari 4 langkah iaitu “cue, craving, response, reward”.

  • Cue : bila ada sesuatu yang trigger korang. Contohnya lapar
  • Craving : Apa korang nak setelkan cue tersebut. Korang lapar, nak makan le
  • Response : Korang respon dengan cari makan tu sampai jumpa
  • Reward : Korang makan. Kenyang. Yeay

Dan kitaran ini akan berulang untuk cue yang sama seterusnya, melainkan korang tentukan nak tukar response dan reward tu.

Dan boleh dikatakan juga, tabiat kita terbentuk dari proses automatik tubuh kita yang nak selesaikan masalah – cuma bezanya, adakah penyelesaian tu membantu atau sebenarnya tak pun – dan itu lah yang kita kena tentukan sendiri.

Contoh mudah, kalau korang stress, ada orang memilih untuk buka socmed dan membawang luahkan perasaan, ada yang tulis dalam diari, ada yang merokok, ada yang berjalan-jalan, ada yang bershopping dll lagi.

Banyak kan cara orang hilangkan stress (cue), dan penyelesaian itu yang akan memberi kesan kepada perkembangan hidup kita – kalau dalam perbincangan ini, nak jadi baik lah kan.

Jadi dari 4 poin tadi kalau dalam proses kurus, korang lapar mestilah nak makan kan. Persoalannya nak makan apa?

Nak makan benda yang sama yang buatkan korang berat badan naik? Atau yang membantu korang dapat berat badan ideal dan detoks bahan-bahan buangan secepat mungkin?

Solusi Untuk 4 Langkah Tabiat

Dan response dan reward yang kita gunakan sebelum ini, boleh diubah akalu korang ada target baru, di mana dalam aspek ni, korang nak kurus lah kan. Jadi macam mana?

Gunakan 4 langkah tabiat yang sama sebagai tips kurus, cuma tukar sikit.

  • Cue : bila ada sesuatu yang trigger korang. Contohnya lapar. Korang buat benda tu jelas. Contohnya makanan sihat macam ulam dan buah depan mata ada, poster gambar salad bowl yang cantik, atau kata-kata motivasi dekat wallpaper henpon
  • Craving : Apa korang nak setelkan cue tersebut. Korang lapar, nak makan le . Nak makan pun mesti yang sihat untuk kurus kan? Jadi buatkan ia menarik dengan makanan sihat yang nampak cantik, sedap, dan korang enjoy nak makan
  • Response : Korang respon dengan cari makan tu sampai jumpa. Jadi untuk sihat dan kurus, jadikan makanan sihat yang korang ada tu senang nak capai macam dah prep siap2 ke, ada mangkuk buah besar dekat bilik ke, dsbg (ini secara tak langsung, korang susahkan makanan yang tak membantu – buang ke sorok, ikut koranglah)
  • Reward : Korang makan. Kenyang. Yeay. Untuk makanan sihat, buatlah sedap2 dan pilih jenis yang korang makan meratah pun takda hal (ayam bakar ke, sayur bakar dengan herba ke)

Kesimpulan

Tips ni sangat berkesan dan ramai yang dapat manfaat sebab tips/proses yang dihuraikan ni selari dengan psikologi manusia. Kita mudahkan proses untuk kurus, takdalah korang rasa susah gila sampai nak give up kan?

Dan teruskan buat amalan sihat tu sampai dah master dan akhirnya terbiasa dah buat apa yang sebelum ni tak biasa 😉 Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.