ambil gula berlebihan, gula, kencing manis

5 Kesan Ambil Gula Berlebihan

Pemakanan kita yang tinggi karbohidrat dan gula ni dah biasa sangat kan? Makanan dan air memang sedap dan manis tapi korang kena beringat juga akibat kalau dah ambil gula berlebihan, masa tu memang tak boleh nak enjoy lah benda-benda manis, dan kena makan yang tawar-tawar je.

Sekali sekala tu standard lah. Dalam artikel ni kita maksudkan yang ambil gula berlebihan sampai kena masuk hospital. Kan ada banyak masuk berita pasal ni kan?

ambil gula berlebihan, gula, kencing manis

Antara kesan kalau korang ambil gula berlebihan dan ia tak digunakan sebagai tenaga antaranya:

5 Kesan Ambil Gula Berlebihan

1 Berat Bertambah Mendadak

Bukan sekadar berat naik, tapi berat naik mendadak okey. Sebab gula yang diambil akan menyebabkan tubuh kita mula kurang sensitive dengan mekanisme kenyang, iaitu hormon yang dikeluarkan sebagai signal yang korang dah kenyang dan kena stop makan.

Bila dah bercelaru signal tu, ia akan menyebabkan korang makan berlebihan dari biasa. Tak termasuk lagi benda manis ni terang-terang tinggi kandungan kalorinya yang itu pun menjadi faktor berat badan meningkat gila-gila.

Bila berat meningkat,risiko lain seperti pertambahan lemak dalam hati serta risiko untuk mendapatkan penyakit kencing manis tahap 2 juga bertambah.

2 Risiko Penyakit Kencing Manis Bertambah

Risiko yang dimaksudkan ini adalah apabila kita makan benda bergula berlebihan untuk jangka panjang lama, tubuh kita mula tak sensitif dengan hormon insulin y(yang digunakan untuk urus kandungan gula dalam darah). Macam leptin jugalah ni, bila dah celaru ia akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat (sebab tak sensitif; iaitu tubuh ambil masa lama nak alert).

Sudahnya, kencing manis.

3 Kulit Bertambah Tua

Jadi membazir kirm dengan pelembap bagai kalau diet pun tak dijaga sebab bila kita ambil ambil gula berlebihan akan menyebabkan kerosakn kulit dari dalaman, iaitu proses yang dinamakan ‘cellular aging’.

Gula yang dimakan akan bertindakbalas dengan protein dalam tubuh dan menghasilkan satu bahan iaitu advanced glycation end products (akronim dia AG – age, tua lah kan) dan bahan ni akan rosakkan struktur kolagen bawah kulit, mengakibatkan kilit mudah kendur dan berkedut. Tambahan pula, bahan AGE ni pun boleh pendekkan telomere dalam sel kulit dan semakin pendek semakin cepatlah korang nampak tua.

Semakin banyak gula diambil, semakin cepat tua lah korang. Dan keadaan ni kita nampak dari yang amalkan diet tak sihat kulitnya berjerawat dan nampak kusam, lepas tu dia detoks nampak berseri-seri kan? Itulah kesan gula diambil berlebihan dan dibuat stok dalam badan.

4 Mengurangkan Tenaga Dan Stamina

Ingatkan makan benda bergula ni boleh dapat tenaga tapi ia akan counter balik dan buatkan stamina menjunam balik.

Iaitu bila makanan/minuman manis yang diambil tu akan naikkan kandungan gula dalam darah (glukos) kita rasa bertenaga tapi ia sekejap ja sebelum menjunam – dan ini buatkan kita letih lebih menjadi2 dari sebelumnya.

Biasa kita lepas makan nasi rasa sedap mengantuk nak tidur kan? Ini antara contohnya.

5 Meningkatkan Risiko Kemurungan

Kajian membuktikan pengambila gula berlebihan memang akan ganggu laluan neuron di otak, memberi kesan tak baik pada fokus dan kognitif dan ini akan menyebabkan kita mudah nak moody dan juga berisiko untuk kemurungan. Sebab gula akan menyebabkan inflamasi di laluan sel darah di kawasan otak.  

Kesan lain akibat ambil gula berlebihan

Antara kesan lain yang korang kena tahu akibat ambil gula berlebihan ni antaranya:

  • Risiko ada plak dalam saluran jantung dan menyebabkan risiko sakit jantung
  • Risiko kanser (kemungkinan tinggi dari kesan inflamasi)
  • Bertambah lemak di kawasan hati (fatty liver)
  • Rosak buah pinggang (berkait rapat dengan kencing manis)
  • Risiko kena gout
  • Kulit berjerawat dan kusam

Jadi apakah solusinya? Buat apa yang terbalik kepada kesan-kesan di atas. Antaranya seperti yang dicadangkan di link bawah ini untuk korang bermula:

Sumber: 1 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.