Bagaimana Cara Diet Bila Ada Anxiety?

Bagaimana cara diet bila ada anxiety? Yang tu boleh kata berganda cabarannya sebab kita kena berlawan dengan simptom-simptom dariu anxiety dan pada masa sama tubuh pula tengah sesuaikan diri dengan cara pemakanan baru. Ia bukan mustahil, tapi penting untuk waktu ni korang tak tegas sangat dengan diri.

Cabaran Yang Ada Untuk Diet Bila Ada Anxiety

Antara cabaran yang ada bila korang berdiet dengan ada anxiety ni pastinya dari aspek psikologi yang ditunjukkan kesannya pada fizikal tubuh kita.

Kerana anxiety ni buat korang rasa tak tenang dan stress, ia juga bermaksud penghasilan hormon stress iaitu cortisol dan ketika anxiety berlaku, hormon ini dihasilkan dengan mencanak-canak dan ini juga mempengaruhi penghasilan lemak yang ketara.

Hormon ini menganggu metabolisme korang dan menyebabkan tubuh melepaskan glukosa, yang kemudiannya menyebabkan korang teringin untuk makan benda-benda yang bergula, berkarbohidrat, dan garam yang tinggi – yang opposite kepada healthy eating yang diperlukan sewaktu berdiet, seperti gambar di bawah ini.

Sumber

Anxiety juga mempengaruhi tabiat pemakanan kita (yela bila dah berlaku attack tersebut dan kita stress) dan kita rasa lebih susah dari biasa untuk sedar apa yang kita makan (awareness and mindfulness). kita rasa tak boleh fokus untuk tahu kategori makanan yang kita ambil, dan jumlah portion makanan tersebut.

Baca sini, post berkaitan tentang emotional overeating.

Ia juga buatkan kita susah nak bersenam. Yelah ko dah stress lepas tu ko nak bergerak kesana kesini dengan senaman gila ke. Tapi tu lah, komponen senaman ini juga membantu dalam proses kurus.

Apatah lagi, bila ada anxiety ni waktu tidur korang konfom terabur dan pastinya, kurang tidur sangat-sangat berkait dengan pembakaran dan pengumpulan lemak (kajian juga menunjukkan tidur yang tak cukup boleh ganggu proses turun berat sampai 50% tau) dan ia juga buatkan tubuh kita cenderung untuk makan lebih dari biasa (yang lebih kepada karbohidrat dan gula tinggi).

Tapi, kalau korang ada anxiety dan nak juga berdiet (mungkin sebab masalah kesihatan atau saranan doktor untuk motivasikan minda korang), ada caranya, cuma jangan stress sangat ya.

Penyelesaian Untuk Diet Bila Ada Anxiety

Dari korang fokus diet apa yang sesuai, korang tukar perspekstif dengan cari cara pemakanan sihat yang sesuai dengan diri, tahap kesihatan, dan cabaran yang korang alami. Banyak diet dan cara pemakanan yang sesuai dan tak semestinya kena satu ja; boleh kombinasikan dua jenis cara kalau tu sesuai (contoh min amalkan Atkins fasa 4 dengan IF 16:8, setel).

Contoh diet yang direkomen adalah Mediterranean Diet, cara pemakanan orang Mediterranean yang boleh disesuaikan ikut orang sini sebab ia fokus kepada buahan dan sayuran, protein, dan paling penting minyak sihat dari ikan atau minyak zaitun.

Baca sini tentang diet Mediterranean, bermanfaat untuk weightloss dan juga jantung.

Dan minyak sihat seperti omega 3 ni yang bagus sebab dia bermanfaat untuk otak dan terbukti untuk mengurangkan serba sedikit kesan anxiety dan depresi (selain meningkatkan daya fokus otak).

Kalau tak mampu nak bersenam all-out, memadai sekadar rutin yang mudah yang korang boleh buat seperti pilates, menari, atau sekadar berjalan ja. Ye, berjalan pun kalau kena caranya boleh bantu untuk kurus, baca sini.

Semoga membantu ya. Paling penting, biar isu anxiety tu setel betul-betul dulu barulah korang nak all-out untuk diet dan weightloss.

Sumber: 1 2 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.